Kalendar Hari Keluarga

Monday, September 12, 2011

Kenangan Hari Keluarga PTAR 2007 Part 1



Kenangan Hari Keluarga PTAR 2007 Part 1 di Taman Pertanian, Bukit Cerakah, Shah Alam Selangor November 2007

Sunday, September 11, 2011

Foto : Kunjungan Tapak Hari Keluarga 2011

Foto : Kunjungan Tapak Hari Keluarga 2011

Tarikh : 09/11/2011


Gambar- gambar dibawah menunjukkan perjalanan ke Pantai Morib dan kemudahan yang terdapat di Pantai Morib. Antara kemudahan-kemudahan yang terdapat disana ialah :

· Pentas serbaguna

· Gelanggang gasing

· Padang bola sepak pantai

· Gerai-gerai makan

· Pusat Pelancongan Darul Ehsan (DETC).

· Hotel

· Padang golf

· Rumah rehat

· Pengangkutan awam seperti bas dan teksi juga senang didapati kerana ia terletak berhampiran rangkaian jalan raya Bandar Klang, Bandar Banting, Sepang ,Port Dickson(Negeri Sembilan) .


[[posterous-content:pid___0]]

Wednesday, September 7, 2011

Video Kenangan Hari Keluarga PTAR 2007


KenanganHariKeluargaPTAR2007Part1.flv Watch on Posterous
salam semua warga PTAR, lama sudah kita tidak adakan hari keluarga , kali terakhir ialah pada November 2007 masihkaan anda semua ingat ... mari kita lihat Kenangan Hari Keluarga PTAR 2007 Part 1 .... It's important to have fun in your life....
http://www.youtube.com/user/libraryuitm2007#p/a/u/0/ow6cM31V-zE

Monday, September 5, 2011

HARI KELUARGA 2011











PENGENALAN

Perpustakaan Tun Abdul Razak, UiTM Shah Alam bercadang untuk mengadakan Hari Keluarga PTAR pada bulan Disember 2011. Lokasi dan pengisian program akan dibincangkan secara terperinci melalui draf cadangan ini. Segala keputusan yang dibuat adalah melalui beberapa siri mesyuarat yang bakal dilaksanakan.

Sebagai makluman, hari Keluarga PTAR yang terakhir telah diadakan pada tahun 2007; bertempat di Taman Botani Bukit Cerakah. Memandangkan PTAR (terdiri daripada PTAR1, 2, 3, 4, FSPU, Jalan Othman, INTEC, Puncak Perdana, Puncak Alam, Perpustakaan Hospital Selayang dan Perpustakaan Hospital Sungai Buluh, ) mempunyai bilangan staf yang begitu ramai iaitu sebanyak 192 orang,

Hari Keluarga PTAR 2011 sememangnya ditunggu-tunggu. Selain mengukuhkan semangat kerjasama, sasaran dan matlamat dasar PTAR sebagai sebuah keluarga besar dapat diekspresikan melalui program-program yang dilaksanakan. Tambahan pula staf PTAR yang bersilih ganti dengan penambahan staf baru dan kenaikan pangkat, program Hari Keluarga ini dapat dijadikan jambatan dalam menyampaikan sasaran dan matlamat PTAR.

Seperti yang telah dijelaskan, penganjuran Hari Keluarga sebegini amat penting dan ianya merupakan salah satu wadah untuk menyatukan dan meraikan semangat kekeluargaan antara semua staf PTAR. Aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan semasa Hari Keluarga ini adalah dirancang bagi menghasilkan satu platform semangat setiakawan dan muhibbah antara warga PTAR. Antara pengisian dalam Hari Keluarga ini meliputi aspek kebudayaan, kerohanian dan sukan.